Rabu, 15 Jun 2011

LEMBU TAK LEH JAGA LEMBU

"Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia kerana polis pun manusia. Kalau kita suruh lembu jaga lembu, tentu tidak boleh. Nak jaga lembu kena tuan lembu yang jaga. Begitu juga manusia, kena dijaga oleh kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah SWT..."

Ahad, 28 November 2010

ANWAR ANUGERAH SEBAB DIA TELAH TERUJI

Saya ditanya wartawan tadi berkenaan berita muka depan Mingguan Malaysia pada hari ini yang memuatkan kenyataan Presiden PKR ; "Anwar Anugerah Tuhan". Saya juga hairan apa yang menjadi masalah dengan kenyataan tersebut. Bukankah semua orang adalah anugerah? Anwar pula telah diuji, dipenjarakan dan difitnah dengan tuduh...an yang terbukti salah. Barangkali bagi Mingguan Malaysia, hanya UMNO sahaja anugerah? Dalam hal ini - FB Tok Guru

Rabu, 3 November 2010

ESET KITA DI AKHIRAT NANTI

Jika di dunia, kita perlu kepada beras, gula, rumah, kediaman, emas, perak dan sebagainya; yang ia merupakan eset hidup kita di dunia. Maka begitujuga di akhirat kelak. Ia bukan dengan benda, tetapi dengan aktiviti baik yang dilakukan oleh manusia, seperti solat, zakat, puasa, berpolitik cara Islam, memerintah negeri dengan kehendak Allah dan sebagainya - tok guru nik abdul aziz

Isnin, 1 November 2010

kerjasama PAS - DAP

kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.


Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran

- Tok Guru Nik Abdul Aziz

Isnin, 25 Oktober 2010

UMNO TOLAK 'ROH'

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak.

"Umno kena reti, bila dia tolak Islam, ertinya dia tolak roh, kosongkan roh, yang tinggal jisim saja.

"Maka bagi dia segala pembangunan ni, segala hidup ini, khusus untuk dunia sahaja, akhirat dia tak fikir,

"Kita sebagai orang Islam dan memperjuangkan Islam kedua-dua (jasmani dan rohani), kita kena jaga.

"Jika kita berpolitik, kita ingat supaya selamat di dalam kubur, kita berpolitik supaya ingat di Padang Mahsyar, berpolitik supaya selamat di dalam syurga"

FIKRAH SEKULAR DAN FIKRAH ISLAM

‎"Pemikiran Islam dan sekular sangat jauh berbeza. Islam mengajar penganutnya berfikir untuk dunia dan akhirat, apa yang dilakukan di dunia akan sampai ke akhirat. Berbeza dengan sekular, hanya berfikir untuk kesenangan dunia semata-mata, tidak menjangkau ke akhirat yang tidak nampak di depan mata. Umpama seorang kanak-...kanak berumur 3 tahun ke pasar bersama ibunya yang berumur 30 tahun. Si anak hanya berfikir untuk membeli anak-anak patung dan barang-barang permainan yang hanya boleh digunakan sekejap sahaja. Tetapi si ibu berfikir untuk membeli lauk pauk untuk dimasak di rumah nanti, untuk hidangan sekeluarga di sebelah malam misalnya. Pemikiran si ibu jauh menjangkau apa yang akan dilakukan apabila pulang ke rumah nanti, berbeza si anak yang hanya berfikir untuk permainan semata-mata....." - tok guru nik abdul aziz

TUHAN DAN TUJUAN

Sebagai seorang manusia yang berakal, apa yang kita lakukan tentu mempunyai tujuan. Kita keluar rumah ada tujuan, masuk rumah ada tujuan. Kita cabut rumput ada tujuan, naik kenderaan ada tujuan. Tidak munasabah apa yang kita buat sekalipun benda remeh tidak ada apa-apa tujuan. Begitu juga Allah, Dia mencipta manusia ada tujuan... dan tujuan itu ialah supaya manusia berabdi kepadaNya - tok guru nik abdul aziz