Selasa, 31 Ogos 2010

BEDA 'MASKAN' DAN 'BAIT'

Dalam Al-Quran, Allah SWT guna kalimah ”اسكنوا”. Dalam bahasa arab, rumah disebut sebagai “مسكن”. Ada satu lagi, kalimah “البيت” yang diterjemah sebagai rumah juga.

Persoalannya, apa beda antara kalimah ”مسكن” dan “بيت”, walhal kedua-dua kalimah ini diterjemah sebagai rumah?

Kalimah “بيت” berasal dari kalimah “بات” yang memberi maksud tidur. Bermakna, kalimah “بيت” adalah rumah yang dijadikan tempat tidur.

Adapun kalimah “مسكن” berasal dari kalimah “سكن” yang bermaksud Tenang. Dengan maksud, kalimah “مسكن” adalah tempat untuk mendapat ketenangan.

Sabtu, 28 Ogos 2010

POLITIK DALAM MASJID

Semua manusia ini hidup dalam mentadbir. Seorang yang dilantik menjadi Perdana menteri, dia sedang mentadbir negara yang terdapat rakyat-rakyat yang ramai. Seorang menteri besar, dia mentadbir negeri yang terdapat rakyat-rakyatnya agak kurang ramai berbanding sebuah negara. Orang yang menyendiri pun sedang mentadbir; iaitu dia mentadbir dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Orang yang berada dalam rumah tangga, dia juga sedang mentadbir; iaitu mentadbir anak dan isterinya.

Seperti dia ada dua orang anak yang bergaduh, lalu untuk menyelesaikan pergaduhan antara dua orang anak itu, tidak dapat tidak perlu kepada politik, atau disebut kebijaksanaan mentadbir. Begitujuga, orang yang berpoligami. Di kala para isteri-isterinya bergaduh, mendesak dan sebagainya. Bagi menyelesaikan keadaan itu, perlu kepada kebijaksaan mentadbir yang disebut sebagai politik.

Rumah tangga ini, adalah dalam lingkungan yang kecil. Di sana wujud lingkungan yang lebih besar, disebut sebagai kampung, daerah, DUN, Parlimen, Negeri, negara dan dunia itu sendiri.

Ada pihak mengatakan bahawa tidak boleh berpolitik dalam masjid. Sudah pasti, kenyataan ini bercanggah dengan cara Islam. Ini kerana, hidup ini merupakan politik. Justeru, apabila disebut hidup secara islam, sudah pasti Islam yang menjadi panduan dalam mentadbir kehidupan.

Tempat yang paling penting berpolitik dalam Islam adalah di masjid. Sebab itu, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut politik Islam, ia mesti bermula di masjid. Dan masjid itu sendiri, menjadi tonggak untuk membina wajah politik Islam.

Nyata, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Bahkan, ia adalah saling perlu memerlukan. Tanpa masjid, maka tiada politik islam. Tanpa politik islam, maka tiada masjid. Ia sama seperti orang kata, jamban itu tempat buang air besar. Kalau orang kata tidak ada politik dalam masjid, samalah seperti orang kata bahawa jangan buang air besar dalam jamban. - Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah tafsirnya di medan ilmu, Dewan Zulkifli.

BOLEH TAPI IKUT PERATURAN

Maka dengan itu, Islam memperlihatkan kepada kita bahawa kepentingan kahwin ini, sama seperti perut mahu kepada nasi ketika lapar. Lantaran, Allah benarkan kepada kita makan. Namun, makan itu perlu berhati-hati, iaitu jangan sekali-kali ambil nasi kepunyaan orang lain secara tanpa hak; jangan curi beras orang, jangan curi duit orang untuk beli nasi dan beras dan sebagainya. Dengan ertikata lain, kalau lapar, iaitu mahu makan, maka hendaklah makan dengan cara halal; cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Bukan sekadar makan, bahkan semua perkara yang berkait dengan naluri manusia, seperti mahu berlawan, berpolitik, mahu kepada pangkat, dan sebagainya, semua itu adalah boleh, tetapi ada peraturan. Peraturan tersebut, hendaklah merujuk kepada peraturan Allah SWT menerusi Al-Quran, ataupun Sunnah Rasulullah SAW. - Tok Guru nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah tafsir, surah At-talaq.

SERANG BALAS

Islam memberi panduan bagi membalas serangan yang dilakukan oleh musuh. Tidak membalas apabila diserang, itu bukan ajaran Islam; itu disebut sebagia bacul. Islam menyuruh kita wara’ dan merendah diri, tetapi Islam melarang kita memperhinakan diri - Tok guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah tafsirnya di dewan Zulkifli

Isnin, 9 Ogos 2010

SELEWENG, BUKAN AGAMA SEBENAR

Tok guru nik Abdul Aziz di tanya tentang isu kalimah Allah. Apa pandangan tok guru, sekiranya kalimah Allah ini akan diselewengkan oleh non Muslim.

Jawab tok guru, "kalau dia selewengkan kalimah Allah, maka ini membuktikan bahawa kristian adalah agama yang tidak sebenar.. Agama yang sebenar, bukan agama yang diselewengkan, tetapi agama yang betul. Adapun Islam, ia tidak ajar menyelewengkan, tetapi ajar kebenaran. sampai satu tahap, Allah SWT kata, [bermaksud] katakanlah datangkan hujjah kamu, jika kamu orang yang sebenar"

Ahad, 8 Ogos 2010

ORANG KELATE BUKAN YAHUDI

Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat. Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya - tok guru nik abdul aziz

Sabtu, 7 Ogos 2010

NASIONALIS ?

Ada seorang wartawan soal tok guru tentang nasionalis.

Jawab Tok guru, "tolong ghorat [bagitau], Nabi Adam AS itu bangsa apa?

Jumaat, 6 Ogos 2010

ALLAH TIDAK ZALIM

”Adakah Tuhan berbuat zalim kepada manusia? Jawabnya tidak! Kerana apa? Kerana Dia tidak ada kepentingan diri. Dia tidak berkehendakkan material. Apabila Tuhan tidak ada kepentingan terhadap manusia, apabila manusia berbuat zalim Dia akan menjatuhkan hukuman setimpal dengan kezalimannya”

”Dalam bahasa Arab, melalui sastera Arab perkataan قدير dipanggil sifat musyabahah dan perkataannya sebagai isim fa'il[1]. Allah SWT tidak menggunakan bentuk isim fa’il sebaliknya Dia menggunakan sifat musyabahhah kerana sifat musyabahhah memberi makna berkekalan dan berterusan”

[1] Isim fa’il ialah perkataan sifat kepada orang yang membuat seperti: yang makan, yang berkuasa. Sifat musyabahhah ialah perkataan yang mempunyai makna yang serupa dengan isim fa’il tetapi tidak sama daripada susunan hurufnya.

BAU SYURGA

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.[1]

***

Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala.

[1] Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”